Wednesday, May 6, 2015

Minyak kelapa dara yang awesome

Good day, Salaam all, Bila kali terakhir anda gunakan produk kelapa dara? Ada pelbagai produk berasaskan kelapa dara di pasaran dunia, apalagi di Malaysia. Saya sendiri pertama kali membeli minyak kelapa dara lebih kurang 15 tahun dulu...ianya produk home made atau cottage industry di kawasan Tanjung Lumpur. Harganya waktu tu RM30 sebotol. Siap ada haruman aromaterapi. Tapi waktu tu saya pakai sekali dua, lepas tu tak ingat lagi nak pakai. Saya yakin ramai yang pernah cuba at least sekali.
Hari ini saya nak mula memperkenalkan anda kepada produk minyak kelapa dara keluaran syarikat yang amat terkenal sekarang, based in Sungai Besar Kuala Selangor.
BIOASLI
Pernah dengar tak? Boleh tengok keterangan dan senarai produk di sini
Minyak Kelapa Dara Double Premium BioAsli ialah minyak kelapa dara yang dihasilkan sendiri oleh BioAsli tanpa menggunakan haba atau bahan kimia. Ianya menggunakan teknik dan proses khas serta gabungan penggunaan mesin berteknologi tinggi yang canggih. Minyak kelapa dara yang dihasilkan sangat bermutu tinggi di mana rasa dan baunya lebih lembut serta halus apabila diminum atau disapu pada kulit.
Kualiti Minyak Kelapa Dara Dari hasil beberapa kajian, Minyak Kelapa Dara kaya dengan "fatty acid" antaranya "lauric acid dan capric acid" di mana apabila di minum, kedua-duanya akan bertukar kepada "monolaurin" dan "monocaprin". Dua unsur ini dikenal pasti sangat bermanfaat untuk kesihatan tubuh manusia. Minyak Kelapa Dara juga mempunyai sifat-sifat antivirus, antibakteria, antifungus dan juga antiprotozoa. Ia juga kaya dengan anti oksidan seperti alpha-tocopherol dan alpha+beta-tocotrienols yang sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk mengatasi masalah radikal bebas yang terdapat di dalam tubuh badan.
Banyak kebaikan tau minyak kelapa dara ni. Sudah juga terbukti secara saintifik lagi. Kalau minat nak baca dan dapatkan maklumat peer reviewed research mengenai kelapa dara, boleh klik sini
Antara Kebaikan Minyak Kelapa Dara - Menyihatkan jantung - Meningkatkan kadar metabolisma - Membantu mengurangkan berat badan - Membantu tenaga pulih dengan pantas - Membantu peningkatan sistem imunisasi - Menyegarkan dan melembut kulit sepanjang hari ....dan trend sekarang, digunakan sebagai massage oil, tak payah ke spa, boleh minta Hubby urutkan sebelum tidur
Kalau nak tengok salah satu peneraju merchant virgin coconut oil yang telah menembusi pasaran dunia, boleh ke sini. Tapi harganya ehem ehem tak murah Babe!
So, satu cara nak hidup sihat, amalkanlah minum minyak kelapa dara. Harganya pun amat berpatutan sebab dikilang oleh orang kita di tanah air kita sendiri. Namun, kualitinya memang tinggi. Jangan tunggu lagi, dapatkan sebotol untuk anda dan keluarga. kklik klik

No comments:

Post a Comment

Jangan segan tinggalkan pesanan atau pertanyaan####### Leave your comments or queries here. I'd be very happy to facilitate all I can in your journey to financial freedom