Saturday, May 9, 2015

Idea small gift untuk ibu tersayang

Post ni agak lambat sebenarnya tapi bak kata orang putih, better late than never. Saya ingin cadangkan bebarapa pilihan hadiah kecil sebagai hadiah untuk ibu sempena hari ibu. Of course, kita patut mengingati ibu hari hari dan bukan hanya dalam bulan Mei....cuma sekali-sekala mungkin ada seronoknya kalau kita hadiahkan sesuatu yang akan buat ibu tersenyum, just for the fun of it.
what say you?
saya suka gambar ni, bunga rosnya sangat gorgeous
Okay, idea pertama ialah produk kecantikan atau kesihatan berasaskan minyak kelapa dara. Ada banyak produk yang biasa-biasa saja, bukan out-of-the-world pun. Tapi yang penting, sangat sesuai sebab pasti akan digunakan atau diappreciate oleh ibu. Jom tengok kat sini
Minyak kelapa dara premium dan ada juga yang didatangkan dengan pelbagai haruman termasuk pandan, lemon dan halia sesuai juga untuk digunakan sebagai minyak urut. Haaa, sekali-sekala apa salahnya kita bagi spa treatment kat Mak kan?
list minyak kelapa dara dan pelbagai produk untuk hidup sihat dan gembira
Kalau nak Mak kita lebih sihat berseri dan awet muda, saya cadangkan minuman kolagen delima. Ini adalah antara produk paling laris oleg syarikat anak Kuala Selangor iaitu Bioasli. Harganya pun berpatutan untuk kebaikannya yang banyak sekali. Delima Collagen diformulasi dengan ekstrak buah-buahan terbaik seperti buah delima, manggis serta diadun bersama Pure Marine Collagen dan Vitamin C (di ambil dari buahan) untuk membantu tubuh melawan sel-sel kanser dan radikal bebas dari udara persekitaran. Gabungan hebat ini membantu tubuh menjadi lebih aktif, sihat, bertenaga, lebih putih serta menawan.
In fact, collagen drink ni sesuai untuk semua peringkat umur lelaki atau wanita. Jadi, boleh beli tiga kotak; untuk Mak, Abah dan anda yang baik hati. rasanya pun sedap
Idea kedua ialah hadiah buku. Nampak macam remeh tapi ini saya fikir antara hadiah yang paling praktikal. Ada beribu-ribu buku pelbagai genre termasuk novel, buku resepi, buku motivasi dan panduan hidup yang mungkin menarik perhatian anda berpandukan apa yang anda tahu mengenai "taste" ibu. Saya nak cadangkan buku-buku berikut:-
Buku ini tulisan Jerry D. Gray yang telah dialih bahasa ke BM
Sinopsis sikit....
Sesungguhnya thibbun nabawi (pengubatan cara Nabi) adalah rawatan bagi mengubat dan mencegah penyakit yang sudah terbukti keberkesanannya. Rasulullah s.a.w. berpesan dalam hadith yang direkodkan oleh Imam Bukhari, "Sesungguhnya Allah tidak menurunkan penyakit, kecuali Dia juga menurunkan ubatnya."
Ilmu perubatan Rasulullah s.a.w. adalah satu cara pencegahan dan penyembuhan penyakit secara praktikal sejajar dengan amalan Rasulullah s.a.w. Baginda bukan sahaja memberi resepi perubatan secara spiritual, malah fizikal juga. Justeru itu, ilmu perubatan ini masih relevan bagi masyarakat moden, memandangkan tidak semua penyakit dapat disembuhkan dengan ilmu perubatan sains moden.
Buku ini mungkin boleh jadi panduan untuk ibu menjalani hidup yang sihat dan gembira InsyaAllah
harganya RM20.00 (promosi) dan penghantaran percuma untuk bulan Mei 2015 saja, kalau nak beli message saya di ruangan komen
Satu lagi buku yang mungkin boleh menarik minat ibu untuk membaca diwaktu lapang:-
Sebuah buku terjemahan dari kitab asal karangan Imam Tirmizi dengan judul yang sama, Syamail Muhammadiyah. Sebuah buku yang harus ada bagi setiap umat Nabi saw untuk mengetahui perihal-perihal berkaitan fizikal, perilaku, ibadah, kehidupan, hubungan sosial, dan akhlak insan mulia yang paling dicinta, Rasulullah Muhammad saw. Sangat sesuai dijadikan hadiah sebab ianya hard cover, dengan kulit luar yang memikat, berserta dengan kandungan yang 'bersih', susunan hadis yang memudahkan pembaca membuat rujukan terhadap hadis-hadis yang dipaparkan. InsyaAllah tidak rugi untuk dimiliki.
Harganya RM30.00 saja special untuk hari ibu (asal RM35) dan penghantaran percuma hanya sepanjang Mei 2015). Buku ni tebal 400 mukasurat dan saya fikir sesuai untuk menjadi rujukan ibu dan apabila beliau habis baca nanti, mungkin boleh diturunkan pula kepada cucu-cucunya. Kalau nak order, sila tinggalkan pesanan di ruangan komen
Ok, saya berhenti dulu sebab dah larut malam ni....pukul 2.15 pagi. Menemankan hubby tengok bola :-)
Harap nukilan saya kali ini bermanfaat untuk anda yang budiman.

No comments:

Post a Comment

Jangan segan tinggalkan pesanan atau pertanyaan####### Leave your comments or queries here. I'd be very happy to facilitate all I can in your journey to financial freedom