Thursday, April 30, 2015

Jom hidup sihat

Saya baru mulakan wassap group yang tujuannya adalah untuk kita kongsikan maklumat yang boleh dimanfaatkan bersama; khususnya demi hidup yang lebih sihat. Sebagai seorang yang betul-betul tak pandai bersosail melalui platform sosial media, saya baru tahu sebenarnya bukan senang untuk mengelolakan group. First yang saya sedar, saya buat silap apabila add contacts terus dalam group. Sepatutnya saya tanya sorang-sorang. Truth is saya sendiri sering dimasukkan terus dalam macam-macam group dan walaupun saya kurang senang atau admin group tersebut tidak saya kenali, saya tidak pernah terfikir nak marah-marah apalagi mengamuk. Paling-paling saya akan senyap-senyap leave the group.
tapi taklah dalam masa beberapa minit selepas di-add
saya rasa itu agak tidak sensitif
Tapi jika saya kenal admin group tersebut, walaupun saya tidak senang dengan topik yang dibincangkan, saya akan mute dan apabila isu yang dibincangkan benar-benar membuat saya bengang atau orang putih kata "intimidating", baru saya akan leave.
Agak malang bagi saya hari ini, dikejutkan dengan realiti dunia. Kawan yang saya fikir adalah kawan, dan saudara-mara yang saya fikir rapat, rupanya tak sebegitu agaknya. Walaupun tahu bahawa saya yang mulakan group, mereka leave tanpa sebarang kata. Benar-benar menggusarkan saya tadi. Maklumlah saya ni boleh dikira sensitif dan mudah tersentuh, tapi, saya fikir adalah hikmahnya. Tak mengapa, InsyaAllah hasrat saya seperti yang saya nyatakan dalam group tadi, saya ingin ada sekumpulan kenalan yang boleh luangkan sedikit masa bertukar-tukar pendapat mengenai isu kesihatan. Dan yang pasti, saya bukan jenis yang pegang handphone sepanjang masa....malah saya amat jarang layan sosial media; baik wassa mahupun Facebook. Jadi saya tidak bercadang untuk post selalu. Dan saya hanya ingin chat after office hours, respecting my official job in UKM/
senyummmm
Anyways, enough about my not so nice experience today. Jom, saya dengan besar hati dan rendah diri ingin ajak kawan-kawan saudara-saudari yang berminat untuk join group ni, share lah HP number. Atau kalau tidak minat dengan wassap, boleh juga share email address atau follow this blog.
sudi-sudikan
Hari ini juga saya terjumpa satu article yang saya fikir menarik untuk bacaan kita...tajuk rencana ialah "Usah mengeluh, usah tangguh... pilihlah gaya hidup sihat mulai sekarang - See more at: http://beritaharian.sg/setempat/usah-mengeluh-usah-tangguh-pilihlah-gaya-hidup-sihat-mulai-sekarang" tulisan IRMA KAMARUDIN. Saya petik sedikit
Dalam laporan, Malays most unhealthy group (Melayu kumpulan paling tidak sihat) itu, statistik terkini dari pejabat pendaftar nasional (national disease registry) mendedahkan lebih ramai orang Melayu menghidapi penyakit kencing manis, kegagalan ginjal, serangan jantung dan angin ahmar berbanding kaum lain. - See more at: http://beritaharian.sg/setempat/usah-mengeluh-usah-tangguh-pilihlah-gaya-hidup-sihat-mulai-sekarang#sthash.BKi5zpup.dpuf
Boleh check out sini
Kalau readers ada maklumat menarik untuk dikongsi atau ada rencana yang boleh dimanfaatkan bersama demi kesihatan kita dan keluarga, jom lah kongsi. OK....that's it for now. Till next time....have a peaceful cuti... I love this phrase. Thanks for sharing it "http://iheartinspiration.com/"

No comments:

Post a Comment

Jangan segan tinggalkan pesanan atau pertanyaan####### Leave your comments or queries here. I'd be very happy to facilitate all I can in your journey to financial freedom