Saturday, April 11, 2015

Maklumat kanser di internet

Sambung cerita pasal kanser, apa itu kanser, jenis-jenis dan cara menghindari atau merawat, banyak sebenarnya boleh kita perolehi dalam BM. Antara yang saya suka ialah blog ini dan yang ini pun sangat best sebab ada banyak info bermanfaat
Saya juga jumpa banyak artikel mengenai pelbagai herba yang dikatakan boleh membantu mengelakkan seseorang dijangkiti kanser atau merawat penyakit yang membunuh ini. Antara yang saya jumpa adalah keladi tikus, belalai gajah (Sabah snake grass), daun rerama (red butterfly wing) dan kunyit. Dan mungkin ramai juga dari kita yang pernah dengar mengenai beberapa cendawan yang famous sebagai mempunyai sebatian aktif anti kanser termasuk cendawan susu rimau, Shiitake, Maitake, Reishi dan Cordyceps. Kalau nama-nama ni bunyinya macam eksotik, bagaimana pula bila saya sebut Lingzhi atau Ganoderma lucidum ? Rasanya ramai yang pernah dengar. Betul tak? Lingzhi ini adalah cendawan herba yang cukup terkenal dikalangan masyarakat Cina ini dan mengandungi khasiat dan rahsianya yang pelbagai, telah dikaji dan dibuktikan secara saintifik dalam dunia perubatan Timur mahupun Barat.
kalau tak pernah dengar mengenai lingzhi tak apa kita boleh sama-sama explore
Hari ni saya tak mahu cerita panjang sangat mengenai lingzhi, cuma nak sebut bahawa ia boleh dikatakan makanan kesihatan, bukan ubat ya? DAN, memang banyak testimoni yang menarik dan sangat meyakinkan mengenai lingzhi sebagai penawar kepada mereka yang mempunyai asma, ekzema, sakit jantung, banyak sangat kolesterol, darah tinggi, darah rendah, kanser, ketumbuhan, dan lain-lain. Satu point lagi yang saya nak sebut pasal lingzhi ialah fungsinya: - Membuang segala kotoran yang kita tidak perlukan dalam badan termasuk toksin, lendir dan kahak - Mengembalikan fungsi rasmi organ2 dalam badan Macam biasa, bila kita google lingzhi, keluar macam-macam blog atau article. Kebanyakannya memberi maklumat dan testimoni yang menunjukkan betapa "amazing" cendawan ini. Saya sendiri masih dalam peringkat cuba memahami .....
Tapi kalau saudara saudari nak dapatkan maklumat yang saya kira agak lengkap dan extensive mengenai lingzhi, saya cadangkan jenguk page akusihat.com cari ilmu
Anda ada info best untuk dikongsi mengenai kanser atau lingzhi?

No comments:

Post a Comment

Jangan segan tinggalkan pesanan atau pertanyaan####### Leave your comments or queries here. I'd be very happy to facilitate all I can in your journey to financial freedom