Saturday, April 11, 2015

Free from cancer?

Cancer atau barah/kanser dalam Bahasa Melayu adalah salah satu penyakit yang amat digeruni. Ramai yang menyebut bahawa penyakit ini tidak mengenal usia, darjat, status kewangan dan lain-lain. Sesiapa pun boleh dapat penyakit ini. Baru-baru ini kita dikejutkan berita mengenai seorang budak sekolah mengidap kanser payu dara. Allahuakhbar. Sedih sungguh.
Semoga bersabar keluarga adik ini
harap dipermudahkan Penderitaan pesakit kanser ni pula, memang banyak diceritakan. Baik orang biasa mahupun celebrity popular, jika dah sah mengidap kanser, memang terpaksa melalui waktu yang amat sukar. Ada tak dengar mengenai aktres jelita AJ yang mengambil keputusan membuang ovari kerana risau yang beliau akan mendapat kanser dek kerana keluarga terdekat beliau telah mati disebabkan penyakit itu. Pasti sukar nak digambarkan.....Badan sakit, emosi juga merana.
sad Betul kah kanser ini sesuatu yang kita tidak dapat elakkan? Betul kah orang yang sangat sihat fizikalnya, tidak merokok, tidak minum minuman keras pasti tidak akan dapat kanser? Ada tak apa-apa yang boleh kita lakukan untuk tidak termasuk dalam statistik penderita kanser? Kita semua perlu tahu jika ada maklumat yang boleh membantu kita minimumkan risiko kanser. Memang ketentuan semuanya adalah hak Allah swt semata-mata. Namun, sebagai manusia, dan mungkin yang lebih penting, sebagai ibu atau bapa kepada anak-anak kita, kita HARUS tidak lalai dan cuba untuk tidak tersenarai dalam statistik pengidap kanser. Apa pendapat anda?
jom kongsi

No comments:

Post a Comment

Jangan segan tinggalkan pesanan atau pertanyaan####### Leave your comments or queries here. I'd be very happy to facilitate all I can in your journey to financial freedom